Wednesday, August 7, 2019

jom kayak kat tasik shah alam

Rugi pergi shah alam kalau tak singgah beriadah di tasik seksyen 2.
Selain korang boleh jogging dan berkelah. Kat situ ada aktiviti sukan air. Sesuai untuk bersantai sambil spend masa dengan keluarga. Harga pun berbaloi dengan aktiviti dan pengalaman yang kita boleh dapat. Orang pun ramai yang join kalau hujung minggu. Tak ada lah korang nak segan layan aktiviti ni sendiri.
.


Kaunter Antan Batura Watersport


Waktu operasi 8.30pagi hingga 7.15petang.
Pastikan korang start selewat-lewatnya pukul 6.15 petang la ye.
Ni harga dan jenis kayak atau boat yang ada kat situ.





Jenis sukan air dan harga


Kayak Single RM8/jam
- Layan sorang-sorang. Sesuai untuk orang bujang dan berani nak main kayak sorang-sorang. Kawal pakai pendayung.


 
Kayak Double RM15/jam
- Kayak untuk 2 orang main. Tempat duduk belakang ada yang ada penyandar untuk orang belakang. Aku perasan ada yang ada, ada yang tak. 
Kawal kayak pakai pendayung.


Canoe RM15/jam
- Sejenis sampan. Fefeeling macam romantik la kalau untuk orang bercinta. Kawal sampan pakai pendayung.



Paddle Boat RM30/jam
- Untuk dewasa 2 orang
Aku naik yang ni. Aku bertiga. Adel umur 4 tahun badan kecil je aku bagi duduk kat tengah. Ni kayuh macam kayuh basikal. Dua orang kayuh. Ada besi kat tengah tempat duduk untuk kawal arah boat.



Paddle Boat Family RM50/jam
- Ni kalau family yang ada anak 3-4 orang boleh naik padle boat family ni.
Ada tempat duduk belakang. dah macam duduk kereta kancil.
atau boleh untuk 4 orang dewasa 1 kanak-kanak.
Ada besi kat tengah tempat duduk untuk kawal arah boat.



Cruise Boat RM8- dewasa RM5- kanak-kanak (1-11tahun)
Ni boat besar. Anak-anak kecil seronok duduk depan dah macam orang asli naik boat. Seronok je tengok. Mak bapak je yang skema duduk dekat seat yang ada tu. Ni ada tukang bawa cruise. Korang relax je tengok pemandangan tengok angsa kat tengah tasik tu.


Gambar ni dari fb Anta Batura Watersport
Antara peraturan dan larangan semasa berkayak





pada aku nak main aktiviti air macam ni kalau bawa budak atau anak kena lebih mata awas ke dia. walaupun pakai life jacket.

Aktiviti ni memang seronok. Kitorang punya seronok sampai tak terfikir nak ambil gambar detail. Maka aku pinjam gambar kat fb Antan Batura Watersport untuk korang lebih jelas.  Masa 1 jam kat atas air tu kena relax. Jaga mood kena tenang-tenang. Bawa makanan atau air dibenarkan tapi tolong jangan buang kat tasik tu.



Korang boleh follow facebook Antan Batura 

Selamat berhujung minggu tengah bulan poket nipis tak payah shopping 😜

    ......





















25 comments:

  1. Tak pernah sampai sini lagi kalau ke Shah alam. Selalu asal shah alam je terbayang Taman botani. Lepas ni boleh ke sini plak. Ada macam-macam aktiviti ni. Harga pun affordable aktivitinya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. macam buntu. lagi-lagi yang duduk kat shah alam. bila orang tanya apa best kat shah alam. er tak tahu. lepas ni nak teroka lagi 🥰

      Delete
  2. Tak penah tau pun ada tasik yg ada aktiviti cam ni kat Shah Alam. Padahal duk ulang alik je gi Shah Alam tu. Pasni boleh masuk list lah. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib masuk list. santai-santai. bawa ramai-ramai main kat sini lagi best. jimat 🥰

      Delete
  3. Saya orang shah alam pun tak pernah lagi main kayak kat tasik shah alam ni. Selalu pergi joggig je ka area tu. Tapi dah tau tau harga-harga kayak ni boleh lah one day cuba juga nanti main kayak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi dengan geng yang boleh hasut kita buat aktiviti yang kita tak biasa buat. baru menjadi.

      Delete
  4. Masa belajar kat shah alam dulu, selalu lepak tepi tasik ni. Tapi masa tu takde lagi aktiviti air ni. Ni dah ada, bertambah lah aktiviti org shah alam bila hujung minggu. Harga yg dikenakan pun berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la. dulu uitm shah alam juga. dulu tasik ni tak meriah macam sekarang. sekarang penuh dengan family. orang-orang shalam ramah-ramah. selesa je walau ramai orang. dan dah tak ramai orang berendot macam dulu. heee

      Delete
  5. Selalu datang ke tasik ni. Bawak anak anak main kat taman atau pergi mandi wet world.

    Ada nampak yang main kayak situ. Hati nak cuba. Tapi penakut. Hehehe. Fikir bukan bukan , takut terbaling lah apa lah

    Ruby nak naik paddle boat tu. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ye wet world? kami tak pergi lagi. biasa benda depan mata memang susah nak pergi.sanggup pergi cari yang jauh. huhuu

      Delete
  6. Masa study dkt uitm shah alam selalu jugak lepak kt sini lepas jalan2 kt kompleks pkns & plaza alam sentral. Tapi nak berkayak tu tak pernah pulak. Rindu pulak nk ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la. sambil mengimbau kenangan lama. cehwah

      Delete
  7. Lama nyer x ke tasik shah alam ni.
    Sejak kawin kot x pernah dah gi :) hu hu hu...
    Pkns pun dah berwajah baru, kan?
    Bagus la ada semua ni. Menarik org dtg riadah bersama keluarga kan.

    ReplyDelete
  8. Wahhh dah kembali aktif semula kat tasik Shah Alam ni yer zaman kita belajar dulu ada juga aktiviti macam ni sekarang mesti ramai oang kat sana hurrrr best-best lama tak pergi Shah Alam...

    ReplyDelete
  9. Xtau laa bila nya boleh pegi bwt aktiviti ni....memang best tgk kawan2 yg habiskan masa dgn berkayak ni...mesti seronok...

    ReplyDelete
  10. Teringat masa kat UKM dulu petang-petang main kayak. Bagusla kat tasik Shah Alam ni sebab ada macam-macam jenis kayak. Nak rasa selamat memang sewa yang besar tu lah. Lama tak pergi riadah macam ni. Huhu.

    ReplyDelete
  11. Bestnya.. Teringat kecik2 dlu naik yg baot itik dekat Taman tasik taiping tu. Best sangat... Tapi penat la nk kayuh.. Heheheh

    ReplyDelete
  12. Nampak macam best tapi malangnya Syu takut air huhuhu. Nak nak pulak kalau air tasik hijau gelap macam kat lake garden taiping sini. I is takuitt

    ReplyDelete
  13. la boleh berkayak kat tasik shah alam rupanya. ingatkan tasik semata-mata sebab tengok boleh tahan luas tasik ni. mesti kalu weekend ramai penduduk shah alam datang riadah main sukan air ni

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak pergi Shah Alam, walapun rumah abang kat sana je. Sekarang ni agak busy sikit, cuti habis balik kg.
    Dulu kalau pergi area sini, selalu cari ABC je hihi Next time pergi sana bolehlah try berkayak pulak.

    ReplyDelete
  15. Seriously tak tahu kat Shah Alam ada tempat untuk buat aktiviti macam ni. Paling penting harga semua not bad.

    ReplyDelete
  16. I pun suka kayak and aktiviti macam ni, nanti nak singgah tasik shah alam hujung minggu ni.

    ReplyDelete
  17. pegi shah alam tapi tak penah try ke siniTapi cam takut air haha lagi. Bestnya kayak.

    ReplyDelete
  18. wow tak pernah pergi shah alam. looks like great activities. can consider bringing my kids there. sudah boring bawa pergi mall setiap kali

    ReplyDelete
  19. Wow! tak tau ada tempat kayak kat tasik shah alam ni. Nnt nak bagitau kawan2 kat Shah Alam ni.

    ReplyDelete

jom kayak kat tasik shah alam

Rugi pergi shah alam kalau tak singgah beriadah di tasik seksyen 2. Selain korang boleh jogging dan berkelah. Kat situ ada aktiviti sukan...