Thursday, August 1, 2019

cara mudah nak menang contest innershine




Nak memenangi Hadiah wang tunai RM300 dan Hamper InnerShine? Kongsikan cerita anda dalam Peraduan  #CeritaShineDariDalaman dan berpelung untuk memenangi 10x Hadiah wang tunai RM300 + Hamper InnerShine! 




meh nak bagi tips korang macam mana nak menang contest innershine. serius mudah.



macam mana? 

1. Mula-mula, dapatkan produk INS dari mana-mana stor kegemaran anda. 
beli produk innershine kat mana-mana farmasi atau store; guardian, watsons dan lain-lain. resit simpan. masukkan produk dalam video atau gambar selfie korang tu nanti. korang pegang la kat tangan atau letak atas meja atau ada idea yang lagi menarik. bila ada produk dalam gambar atau video baru nampak cerita dan mesej korang akan jadi lebih jelas. beza dengan gambar selfie tanpa produk.

           
contoh selfie tanpa produk
1st impression tu penting. juri nak tenguk banyak penyertaan. korang kena tahu apa yang juga utamakan. apa objektif contest tu dijalankan korang boleh agak sendiri. kalau macam innershine ni dia jual produk. contest ni salah satu cara dia nak promote produk dia. atau jadi testimoni. jadi korang kena anggap korang salah sorang yang nak promote produk tu.

contoh gambar selfie dengan produk. terus orang nampak ni gambar untuk innershine. belum cerita dah tahu. mesej tu jelas sampai. 

kena ambil video atau gambar cantik. senang nak ambil gambar atau video cantik kalau korang tahu apa yang penting. ambil gambar waktu siang. kalau nak senang. ambil gambar dalam kereta biasanya confirm lighting cantik. pastikan gambar sharp tak bergegar. 


2. Ceritakan kisah inspirasi "Shine Dari Dalaman" anda dan bagaimana ia mengubah atau mempengaruhi kehidupan anda dalam bentuk video ATAU cerita pendek dengan foto.

penulisan guna ejaan penuh. jangan guna singkatan perkataan. senang orang nak baca. biasanya memang juri adalah dikalangan orang yang profesional. 
penulisan dalam bentuk penceritaan. lebih santai. kalau dapat cerita yang boleh buat orang lain terinspirasi. penulisan yang jujur biasanya dapat sentuh perasaan orang. ada “soul”. 
kalau buat video better buat video pendek je kurang dari 1 minit. biar orang tak bosan. kalau korang cerita dengan emosi lagi best. kot ada kisah yang sedih nak cantik sebab pasangan curang ke kan. mana tahu... tu main dengan emosi. drama. nangis-nangis. orang suka tengok dan dengar. 
selfie lagi mudah dari buat video. aku dah try buat video. ni video pertama aku la. awkward gila. ni aku buat video berbayar. maknanya aku bukan masuk contest ni. 


kalau korang dapat buat video yang lebih santai lagi bagus. ayat boleh rojak english and bahasa. macam cakap harian. sebab apa yang dia nak dia nak korang bercerita. bukan promote barang dia. so korang bercerita apa yang buat korang nak jadi shine dari dalaman.

3. Hantarkan cerita anda diruangan komen bawah peraduan ini (FB innershine club) atau menerusi laman Instagram anda (tetapan awam). Cerita inspirasi yang paling kreatif bakal memenangi hadiah!

kalau korang betul nak menang. jangan takat hantar kat ruangan komen tu je. korang post juga kat personal ig & fb korang. biar bila pihak juri search memang nampak korang je la kat search tu. betul-betul bersungguh biar nampak sungguh. benda pun mudah je nak buat. posting pertama je yang perlu effort lebih. yang kat lain tu korang copy paste je kan mudah. 
      
korang buat caption berkenaan cerita korang. yang aku post tu untuk promote nak ajak korang join contest ni. jadi caption aku lain.
korang boleh buat caption cerita korang la. walaupun korang buat video. taip semula cerita korang tu. betul nampak bersungguh. caption jangan panjang sangat macam novel.

4. Jangan lupa untuk menyertakan #CeritaShineDariDalaman tau?
Terma & syarat – layari http://bit.ly/2YKccrT

hantar tau sebelum 18 ogos 2019. good luck korang!!!





18 comments:

  1. Thanks for sharing, i will share with my friends too. All the best to the participants

    ReplyDelete
  2. thank you for sharing this contest. goodluck to those yang join nanti!

    ReplyDelete
  3. Wah dah lama saya tak join contest mcm ni. Haha teringat dulu gigih join contest tapi tak menang pun. Lepas tu terus down tak nak join contest apa2 lagi. Haha good luck untuk mereka yg join :)

    ReplyDelete
  4. wow. lumayan hadiah nyer.u
    aida pernah consume innershine prune dulu kala. sedap.
    masa tu duta nyer maya karin.
    terbaik ni. dan menarik. mana la tau bertuah kan :)

    ReplyDelete
  5. Menarik hadiahnya. Syaratnya pun mudah saja nak buat.

    Good luck pada mereka yang menyertainya

    ReplyDelete
  6. Waa ada contest Innershine yeaa, mcm menarik je tgk tuu! Thanks for sharing, siap bagi full details mmg bagus ni unt those yg nak join contest ni jadikan as panduan kan.

    ReplyDelete
  7. Saya memang suka innershine product sejak dulu. Nanti nak check outlet mana yang ada offer nak beli a few untuk contest ni. Mana tau maybe boleh menang

    ReplyDelete
  8. Semoga berjaya. Bukan senang nak menang, kena sabar dan bertawakal kan. Apapun terima kasih share maklumat secara terpeinci, yang pasti wanita tidak melepaskan peluang ini

    ReplyDelete
  9. Hari tu tengok iklan fasha sandha terus teruja nak try. Hadiah menarik!
    Macam tak susah sangat, nak try laaa... Thanks sharing

    ReplyDelete
  10. Orang lelaki boleh masuk juga ker hehehe kita tengok macam pertandingan untuk orang perempuan jer wakakaka.. Kita nak beli Innershine sekarang juga nak cuba nasib wakakak thank you share tips...

    ReplyDelete
  11. Kite kalau ada contest memang rajin je nak join. Nanti nak kene cari jugak lah innershine tu.

    ReplyDelete
  12. Lumayan juga hadiahnya, lepaslah duit poket sebulan kalau menang kan? Best of luck kat awak dan juga semua yang ikut contest Innershine ni, hope rezeki ada kat awak nanti.

    ReplyDelete
  13. Innershine mmeng bagus diambil kalau konsisten...wah ade contest..kene buat video ke..alahaii malu la..hehehe...good luck dekat awak..hadiah macam best je

    ReplyDelete
  14. Details sungguh info julia. Rugi kalau yang nak join tak ikut tips2 ni kan. Rm300 + barang innershine tu hadiah dia. Berbaloi2 sangat.

    ReplyDelete
  15. Bagusnya bagi tips macam ni. Boleh juga apply kalau untuk contest produk lain. Btw, good luck Julia!

    ReplyDelete
  16. Menariknya join contest ni. Senang je nak menang kalau ikut tips ni. All the best to all yg join ya.

    ReplyDelete
  17. Nampak mudah betul nak join contest nie. Rasa macam nak join tp mcm lebih kpd utk wanita sahaja produk dan contest nie. Xper nanti sy suruh kakak n adik sy join

    ReplyDelete
  18. Wahhh innershine buat contest. Tapi tarikh dah terlepas! Adududud

    ReplyDelete

jom kayak kat tasik shah alam

Rugi pergi shah alam kalau tak singgah beriadah di tasik seksyen 2. Selain korang boleh jogging dan berkelah. Kat situ ada aktiviti sukan...