Rugi pergi shah alam kalau tak singgah beriadah di tasik seksyen 2.
Selain korang boleh jogging dan berkelah. Kat situ ada aktiviti sukan air. Sesuai untuk bersantai sambil spend masa dengan keluarga. Harga pun berbaloi dengan aktiviti dan pengalaman yang kita boleh dapat. Orang pun ramai yang join kalau hujung minggu. Tak ada lah korang nak segan layan aktiviti ni sendiri.
Kaunter Antan Batura Watersport
Waktu operasi 8.30pagi hingga 7.15petang.
Pastikan korang start selewat-lewatnya pukul 6.15 petang la ye.
Ni harga dan jenis kayak atau boat yang ada kat situ.
Jenis sukan air dan harga |
Kayak Single RM8/jam - Layan sorang-sorang. Sesuai untuk orang bujang dan berani nak main kayak sorang-sorang. Kawal pakai pendayung. Kayak Double RM15/jam - Kayak untuk 2 orang main. Tempat duduk belakang ada yang ada penyandar untuk orang belakang. Aku perasan ada yang ada, ada yang tak. Kawal kayak pakai pendayung. Canoe RM15/jam - Sejenis sampan. Fefeeling macam romantik la kalau untuk orang bercinta. Kawal sampan pakai pendayung. Paddle Boat RM30/jam - Untuk dewasa 2 orang Aku naik yang ni. Aku bertiga. Adel umur 4 tahun badan kecil je aku bagi duduk kat tengah. Ni kayuh macam kayuh basikal. Dua orang kayuh. Ada besi kat tengah tempat duduk untuk kawal arah boat. Paddle Boat Family RM50/jam - Ni kalau family yang ada anak 3-4 orang boleh naik padle boat family ni. Ada tempat duduk belakang. dah macam duduk kereta kancil. atau boleh untuk 4 orang dewasa 1 kanak-kanak. Ada besi kat tengah tempat duduk untuk kawal arah boat. Cruise Boat RM8- dewasa RM5- kanak-kanak (1-11tahun) Ni boat besar. Anak-anak kecil seronok duduk depan dah macam orang asli naik boat. Seronok je tengok. Mak bapak je yang skema duduk dekat seat yang ada tu. Ni ada tukang bawa cruise. Korang relax je tengok pemandangan tengok angsa kat tengah tasik tu. Gambar ni dari fb Anta Batura Watersport Antara peraturan dan larangan semasa berkayak pada aku nak main aktiviti air macam ni kalau bawa budak atau anak kena lebih mata awas ke dia. walaupun pakai life jacket. Aktiviti ni memang seronok. Kitorang punya seronok sampai tak terfikir nak ambil gambar detail. Maka aku pinjam gambar kat fb Antan Batura Watersport untuk korang lebih jelas. Masa 1 jam kat atas air tu kena relax. Jaga mood kena tenang-tenang. Bawa makanan atau air dibenarkan tapi tolong jangan buang kat tasik tu. Korang boleh follow facebook Antan Batura Selamat berhujung minggu tengah bulan poket nipis tak payah shopping 😜
......
|